Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers LOVE U DEAR..

Tuesday 13 December 2011

Saje Nak Buat Luahan Hati...

Hmmm... 2 3 menjak ni mmg rasa xbest je keje. Rasa nak wat luahan perasaan, tp rasa mcm xmatang je wat camtu. Kat FB? Uih, rasanya lagi la x mtg. Mcm nk tunjuk power, tp sebenarnya x brani. @pun saje nk bagi semua org tau. Almaklumla semua org ada FB skang ni.. Kalau blog ni sape yg rajin cam korang2 je yg baca... Eh, tapi betul ke kalau wat luahan perasaan kt wall FB (especially luahan marah dan geram) tu x matang? Apa pendapat korang?.... Hm... Nak pikir sat...

Apepe pun, tarik balik nak wat luahan hati tadi. Hahaha... just nak cakap;

" Biar muka Hitam, Jangan Hati Hitam;
Tapi kalau Muka Ngan Hati Sama-sama Hitam.....
~
~
~
~
~
~
LU pikir la Sendirik..."

Credit to iluvislam.com

Tuesday 6 December 2011

Owh tidak.. Saya Gile Botol Susu...

Botol susu owh botol susu.. Sejak jadi ibu ni asyik duk search botol susu je. Tambahan plak Damia da 10 bulan ni. Nak kna da tukar botol susu dia. Almaklum la anak Dida ni bukannya fully BF. Sebelum ni Damia guna Safety plus ngan Tupperware (hadiah dr isteri encik bos. - tenkiu..). So far ok cuma da lebih 6 bulan da tu ada calar2 sket. So, mmg kena tukar.. Dalam duk search kat internet ternmpk la feeding bottle ni...

iiamo feeding bottle yg sesangat la futuristic designnya..

Uih, gile cantik + sesangat la praktikal sbb bleh nk panaskan susu dlm bottle tu. xyah da bli warmer. Niat di hati mmg nak blikn utk Damia tp bila mengenangkan harga dia yg Mahal tu terpaksa la lupakan je niat suci murni walaupun sblm bersalin selalu ckp kat diri sendirik " Ibu akan berikan yg TERBAIK utk anak ibu ni.."  Huuhu.. Terbaik bukan termahal, ok...(nak sedapkan ati sendiri) Kena tahan nafsu membeli ni. Dida ni bukan leh sgt, nnt teringat2 kat botol susu ni ada jugak yg TERbeli nih.. hehe..

Owh, ada lg 1 yg menjadi pilihan kalbu ni. This one mmg bg Dida super duper cute la.. Produk mOmma...

So cute la botol ni. Geram nengok...
Cute kan? Kan? Walaupun bentuk dia bulat2 pendek, tp mmg cute sgt..hehe.. Harga pun 5x lebih murah dari iiamo tu.. Semua warna pun cantik.. Huhu.. I like!..

Actually byk lg produk botol susu ni. Antaranya:

Tommee Tippee

WeeGo Glass Factory

Avent

Mam
Dan byk lg la.. Apepun x kisah ape brand yg penting selamat utk anak kita...

Thursday 13 October 2011

Demam Ruam; Kesian Anak Ibu..

Assalamualaikum... Da lama bebeno rasanya x update blog ni. Bz sket. Si comel Nur Damia Arissa ni demam sejak Khamis lalu.. Kesian tengoknya.. Damia ni bdnnya mmg selalu rasa hangat je. So, memula tu ingatkan xde ape. Tp bila mlm tengah mlm dia mula xlena tido. Asyik merengek je. Sekali rasa kepala panas semacam, cek suhu naik sikit sampai 36.7 C. Still ingat xde ape. Esoknya bila da tengahari sket mula la makin kuat ragamnya. Badan makin panas, suhu dah mencecah 37.5 C. Aduyai, siannya anak ibu ni. Abah Damia pulak xde. Ada meeting kt KL. xdpt la nk pergi klinik. Bagi je ubat demam yg ada saki baki sikit. Hati ni mula la risau kalau demam xkebah. Ubat nak abis, si abah pulak xde.. aduh...

Esoknya nasib baik la opah ngan tokwan Damia dtg umah. Alhamdulillah, kurang sikit beban. Cuma ngadap si chumel ni sorang je. xlayan dah benda lain. Damia pun bukannya nk dengan org time demam ni. Nak berkepit je dgn ibu ni.. Ragam tu usah ckp la, ada je yg xkena. Kejap-kejap ngangis... Sedih + bersabar je la dgn karenah si kecil ni. Allah da mudahkan dengan perangai dia yg baik masa sihat, ni nak uji kita bila anak sakit. Mmg berbeza dgn Damia semasa sihat. 

Saya demam....


Hari kedua Damia demam da ada nmpk ruam2 kat kulit kepala. Merah sana sini tp kat muka xde la plak. Sbb tu pk Damia demam biasa je. Masuk hari ketiga ruam makin byk kat muka, bawah mata, hidung. Tapi pipi montel dia xde la plak.. Esokny bertambah lagi ruam kat belakang bdn hinggalah hari ni da turun kat kaki. Kata orang kalau da kat kaki insyaAllah, x lama lg sihat la.. Doa je la si chumel ibu ni sihat. Suhu bdn da turun, ragam pun da kurang cuma kadang2 je nk bermanja lebih sikit. Semenjak demam ni Damia mula nak ikut perangai lama dia. Nak naik kete sblm tido. Layan je laa....

Damia da hampir sihat.
Ok, just utk share dgn u all apa yg dida buat masa Damia demam ruam ni:
  • X bagi Damia makan kanji ngan ikan bilis sbb ikan bilis ni ada yg gatal.. So, utk jalan selamat xyah bg langsung.
  • Masa mula2 Damia demam (masa ni xtau lg Damia demam ruam) sblm tido Dida akan sapu air asam jawa kt kepala Damia. Tengah2 mlm pun Dida sapu kat kepala Damia. 
  • Dida sapu bedak sejuk kat seluruh badan Damia. Biar kering dulu baru bagi Damia pakai baju. Ni mmg sangat2 la mujarab sbb dlm sehari je ruam Damia hilang. Kalau la dida tau awal2 lg dida da buat..
  • Selebihnya ubat doktor ngan doa je la. Harap2 Damia cpt sembuh dan bleh gelak2 mcm sblm ni... rindunya nak dgr Damia gelak.. huhu...



Saturday 1 October 2011

Moh Kome, Kita Berkelah... (",)

Cantik kan..
Cantik x? Hehe.. Last saturday Dida p ipoh ke rumah abg. ada hal sket. And hal yg sepatutnya lama habis sekejap je. So, sampai je umah terus ajak adik2 yg ada p mandi sungai. Actually kitorg ni mmg tersangat la suka berkelah. Pantang ada kesempatan. Last year, raya ke-2 kitorang ke Lata Hijau, raya tahun ni lak p Sg. Batu 11 (betul ke?) kat jln Gerik-Jeli. And now, Lata Ulu Chepor. Hehe.. 

Actually Lata Ulu Chepor ni x jauh sgt pun dr umah abg Dida. Ada la dlm 10km - 15km je..Jalan nk ke sungai ni sempit sket. Maklum la jalan kampung. Tapi masa kat selekoh nak menuju ke lata tu ada org jual karipap + sousage + fishball etc. En. Hubby benti beli karipap 2 hengget. Sedap weh..

Masuk je area lata tu (melepasi pintu gerbang) kitorang tengok punya la byk umat manusia kat situ. Alahai, ada ke parking ni. Terus carik parking mana yag ada, kete usah ckp la. Byk giler yg parking tepi jln nan sempit tu. jenuh kalau ada kete nak kuar. Duk perhati org masa carik parking. Tengok ramai giler pakai baju oren. Rupanya LHDN ada buat family day + sambutan raya. Mujur la masa kitorang dtg tu diorg da abeh program.. So, mula la carik port nk bukak khemah.Akhirnya jumpa tempat rata sket, tepi pondok. Apa lagi pasang khemah, kuar brg2 dr dlm kete. prepare ape yg patut. Pastu makan dulu... Hehe.. Da pukul 1++ masa tu perut mang tgh berkeroncong giler masa tu.. Elok je siap mkkn Nur Damia Arissa ni duk 'u-uh' lak. Bukak pampers dia, cuci apa yg patot terus bwak anak dara ni berendam skali. Ingatkan dia takut pasal sejuk sgt. Rupanya suka bebenor anak teman ni bila jumpa air. Sampai opah dia nak amik pun dia xmo. duk tarik baju ibu nih.. "Wah, ada can lg la ibu nk ajak abah p berkelah lg pas ni. Hehehe..." Kata aku dlm hati... (",).

So. pada mereka2 kat luar sana yg nak rest2 kan diri, tempat ni sesuai.. Dpt mandi air sungai yg sejuk + suasana yg best.. Ni ada beberarapa keping gmbr kitorang kt sana. Saje nk abadikan kenangan. Mana la tau umur ni x panjang, dpt la keluarga ni tengok saat gumbira bersama.... (Iklan sebentar = I LOVE MY FAMILY)

Cuba utk menjadi sebahagian drpd batu.. 
With en. hubby. Oh, tidak! Dagu suda bertambah, pipi suda bambam...
 
Hoyeh..hoyeh.. air...




 Aksi Nur Damia yang sesangat la suka main air....


Tuesday 20 September 2011

Innalillah....

Semalam dlm pukul 10.30 pg Dida dpt msg mengejutkan dr x-room mate, Dina that one of our fren masa blajar dulu accident, cedera parah dan sekarang masih lagi dirawat di icu.. Dan yg paling menyedihkan adalah isteri serta anak dia meninggal. Aduh, masa dpt msg tu terus rasa menggeletar.. Esp bila baca tang anak tu.. Terus perasaan sedih + simpati pada kawan aku dtg bertimpa-timpa.. Innalillah.. Pagi ni plak bila tengok berita harian bertambah lagi rasa simpati.. ini mmg betul2 dugaan dr Allh buat kawan aku tu.. Sebagai kawan (walaupun da lost contact), aku tetap doakan yg terbaik utk beliau. Somoga Allah mencucuri rahmat buar arwah isteri dan anak beliau. Al-fatihah buat mereka..

Saturday 17 September 2011

Sikit-sikit, Lama-lama jadi Bukit Tapi Jangan Duk Kikis...

Ye, sikit-sikit lama-lama membukit la kan? Rasanya ramai kawan-kawan yg da jadik parents tu duk sibuk mengira duit raya anak-anak kan. Alhamdulillah rezeki anak mmg Allah da tentukan setiap sorang tu... Tapi jangan masuk poket sendiri lak ye.. Orang bagi untuk anak kita.. Hehehe.. Ada ke yang wat camtu? Rasanya ramai yang da ada kesedaran utk menyimpan utk anak-anak.. Lagipun zaman sekarang ni semuanya main duit je. Nak tu, kena duit. Nak ni kena duit. Even nak ke toilet pun nak kena hulur duit. Mula-mula 20sen je sekarang ada tempat sampai beringgit-ringgit.. Huish, dunia..dunia...

Hmm.. so, ape pilihan parents kat luar tu utk simpanan anak-anak? Kat Malaysia ni byk sumber yang ada. Dida senang je, malas nak pikir byk, Buka akaun Yippie utk Damia. Masa dia umur 3 bulan da buka pasal nak siman duit yg org bagi masa melawat time pantang ari tu.. Alhamdulillah.. ada la sket.. Buka Yipie pasal senang, Maybank mana-mana pun ada... tapi mata ni ada gak duk tgk-tengaok pilihan yang lain. Mana yang terbaik pun xtau. Yang penting menyimpan....

Baru-baru ni ada search pasal sspn. Ok ke? Ada ke sesapa yang da buka akaun sspn utk anak? Boleh la share sket pengetahuan yang ada.. Nak tau gak benefit dia.

Monday 12 September 2011

The new looks of Damia..

Assalamualaikum.. Actually ni hanyalah beberapa keping gambar the tomei gurl Damia memakai tudung. Khas untuk tatapan nenek dan makcik2 di bawah bayu nun.. En. hubby da suh letak gambo ni lma da. Baru ari ni merajinkan diri.. Hehehe...







Thursday 1 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Salam Aidilfitri..Hari ni da masuk 3 Syawal.. Tapi rasanya tak lewat lg untuk ucapkan salam aidilfitri buat semua saudara mara, kawan-kawan & semua yang kenal kami sekeluarga. Hari raya ni kami ada di Felda Bersia, Gerik sampai Sabtu (5 Syawal). Jadi pada semua kawan-kawan jemput la datang umah raya ni ye... Dikesempatan ni jugak saya nak mohon seribu kemaafan atas segala kesalahan, kesilapan @ apepe jela yang x kena atau menyakitkan ati yang da saya lakukan selama saya idup ni. Mohon dimaafkan lah ye... Ok la, xmo tulis pepanjang pasal raya-raya ni org mls nak baca sgt.. hehehe.. apepe pun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..


Camat Ari Raye.. Jangan lupa bagi Damia duit raye kalau jumpa tau... Hehe.. (Baju raya disponser oleh opah. tunggu baju ibu jahit sampai raya tahun depan pun belum tentu siap...)

Tuesday 16 August 2011

Her tiny tooth...

Hari ni, 16 Ramadhan bersamaan 16 Ogos, my lil princess da tumbuh gigi!! I'm so excited.. Ngehehe... Dalam 2, 3 hari ni mmg si tomei Damia ni asyik mengamuk, nangis, bdn mcm demam je. Sampaikan en. hubby kata perangai Damia ni pelik semcm je. Rupanya puteri ibu ni nak tumbuh gigi.. Selalu Damia gelak ibu x prasan pun gigi Damia. Tp td masa iftar Damia sibuk nak join, so lenyek-lenyek la buah kurma suap.. And then terasa her tiny tooth!. Oh, patut la si tomei ibu ni meragam je... Hehehe.. Wah, semakin berserilah senyuman anak ibu nanti..

Walaupun si ibu ni gumbira bila tgk anak dia da tumbuh gigi, tp rasa kesian pun ada.. Mesti sakit kan? Kalau x xde la Damia meragam, nangis-nangis... Td ada baca sket pasal gigi pertama si comel nih. So, nak share sket ngan ibu-ibu dan bakal ibu kat luar sana...

Once gigi anak kita da mula tumbuh, si kecil ni akan rasa:
  • Gatal gusi - boleh bagi si kecil kita teether @ pun bagi dia gigit tuala sejuk so that dpt kurangkn rasa gatal anak kita.
  • Sakit gusi - susah nak tlg... Just alway play with her/him supaya si comel ni bleh lupa rasa sakit tu. Masa ni la dia akan mula meragam, pipi akan kemerah-merahan sket. Kadang-kadang si comel ni akan demam sbb kesakitan ni.
  • Kurang makan - just give her/him more milk.
Info ni sket je tp diharap dpt membantu ibu-ibu kat luar sana. Jgn lupa urut lembut dgn jari gusi si comel kalau gusi dia mula bengkak. Nanti ada masa saya upload pic si tomei ni smile with her tiny tooth eh....

Monday 15 August 2011

Yummy! Belanga Restaurant Terbaik..

Hehe... Sepanjang minggu ni adalah hari yg sesgt la bz bg en. hubby. duk ulang alik ke kl nak settlekan drawing dia. And of course la his wife ikut skali. Last time x ikut big boss tanya apasal x join. Hehehe.. kitorang nk budget duit hotel sebenarnya... So, ari ahad da tghari gerak kl, jalan-jalan sat pasal nk check-in lmbt sket pastu before gerak hotel sempat p bazaar bli juadah berbuka.

Tp bukan tu yg nk share sebenarnya. Petang isnin kitorang da nak gerak ke Kuantan. Check out dlm kul 5.30 ptg. Sambil tu duk pk mana la nk berbuka ni. Duk search2 kat tenet, jumpa la restoran Belanga ni. Nampak cam best je. So, terus gerak p mid valley. Sampai sana pun da pukul 6.30. Dlm ati duk pk ada lg ke meja kosong utk kitorang ni. Alhamdulillah, nasib ada. Last meja.. So, mls nk jalan-jalan kitorang terus order dan duduk je kt sini. Dlm duk tunggu-tunggu waktu berbuka tu si tomei Nur Damia Arissa ni tersangatla lincahnya. Ponat den nak melayannya. Ada je yg dia nk kacau, nak pegang tu, nak pegang ni.. Adoyai...

Mari kita tepuk-tepuk meja..

Hm.. da dekat nk berbuka diorg da start anto mknn. Fuh, mabeles je nengok.. Sementara tunggu waktu berbuka tu mmg duk pandang je la kt jam ni. Hahaha.. 

Ice teller.. Sodap u... Tp sempat jamah sket je pasal si Damia da meragam sakit perut. Asyih duk 'u-uh' je.. 

 Cucur udang. Biasa je cuma rangup pasal digoreng nipis... Sos dia manis sket..

 Roti jala yg kuah kari dia mmg mabeles. I like...Teringat roti jala mak nde...

 Yang ni nasi dagang ayam percik. Saya bagi 5 bintang. Perfect dari nasi, kuah sampai la ke ayam di. Mang sodap...

Nasi goreng belacan. En. hubby kata sedap. Tgk pun mcm sedap, dipenuhi ngan udang..

So, sesape yg carik tempat berbuka saya sgt2 la syorkan tempat ni. Harga pun ok, sesuai sgn rasa.. Nanti kalu ada rezeki nk dtg lagii.. Yuhuu....

Saturday 6 August 2011

Menu berbuka hari ini..

Ada lagi lebih kurang 1/2 jam nak berbuka. Semuanya da ready... Apa menu ari ni? Hehe.. Smlm blk dr keje en. hubby ajak p beli nanas dekat jalan nak ke johor. Saya suka je.. Nanas mang fav nih. Kalau kuar p shopping mall musti ble nanas potong 2 bungkus! Hehe.. En. Hubby kata tringin mkn kari nanas ngan ikan masin. So, ari ni main menu kami adalah kari nanas bersama ikan masin + ikan goreng + fav sayur en. hubby : peria... Da siap masak inilah hasilnya.. Sedap ke x ntah le.. Da lama x msk kari. Td msk pun teragak-agak je.. Ngehehe....
Yummy.....

Menjahit (",)

Ah, betul ke ni? Puan NurD nak menjahit? Hahahaha... Mari pakat gelak ramai-ramai... Tp mmg pun. Mmg sya sdg belajar menjahit sendiri. Khas untuk anak ibu yg comel nih, Nur Damia Arissa.. Mak ckp try buat kat kain murah2 dulu.. Ok, mak! Saya paham...

So, since sifu menjahit xdak depan mata, terpaksalah guna sifu alamaya nih.. Mula la jari-jemari ni menekan cursor, keypad dan seangkatan dgnnya utk search tutorial menjahit ni.. Apa yg saya jumpa? Amazing.. Banyak sebenarnya ilmu-ilmu menjahit ni kat internet. Nak ngan xnak je sebenarnya...

Ok, nak meneruskan usaha murni lagi suciku ini. Ceh!! Nanti da jadik, akan ku tempek gambo kat blog ni. Hahaha.. Go, go...caiyok Dida!!!

Friday 5 August 2011

Business Damia!!

Hoyeh... hoyeh... Saya dengan x brape nak bangganya mengisytiharkan diri sendiri sbg seorg businesswomen! Hehehe... Rasanya sesape yg duk bukak fb mesti da tau kan. Sekarang ni tgh excited nak jual baju-baju budak ni... Tapi masih baru sgt dan stok baju pun x la banyak sgt. Ada yang da order tp sampai sekarang x sampai lg. Katanya shipping problem.. Sabar je la.. Harap bila sampai nnt x la mngecewakan.

Hmmm.. Business Damia... Kenapa saya kata business Damia? Sebab she's the one yg menggerakkan hati ni nak berniaga nih. Sebenarnya berniaga x penah ada dlm kamus hidup nih.. Tp ntah mcm mana leh terpikir nk jual baju baby bila si ibu nih duk giler membeli baju Damia esp by online.. Sampai en. hubby bising. Hehe.. Alhamdulillah.. incik hubby pun x kesah bila ckp nak berniaga ni. Siap bg moral support skali. Thanx dear... So, bermulalah episod baru dlm hidup saya.. Mula start carik stok baju dan order.. Then, bila da received amek gambar, post kat fb.. Alhamdulillah two day after that, i got a customer. Thanx to Sya Neem. I really apprecite it..

Apa yg seronok berniaga ni? Banyak sebenarnya.. Pertama, bila time kita nk cari stok. Abeh semua website bukak. Tengok tu cantik, ni cantik. Mmg rambang mata, xtau nak pilih yang mana... Masa ni la kena pandai memilih, bukan setakat design baju ngan harga je, tp yg penting adalah customer kita. Since ini adalah baju budak, kita kena target dlm umur berapa customer kita. Actually ini adalah nasihat en. hubby & sya sgt setuju 100%. So, target saya adalah bayi dr 3 bulan - 3 thn setakat ni. Ni just starting, kalau feedback ok, bolehla nk teruskn lg target utk kanak-kanak yg besar sket.. Ok, yg keduanya adalah bila da received baju dr supplier. Mula la excited tgk baju pastu padankan kat si tomei Damia Arissa ni. Hehe.. Kan ke si tomei Damia Arissa ni la yg menybabkan ibu berniaga.. kan sayang ibu kan?... Ehehe... Tp yang ketiga ni la saat yg paling best : Bila ada customer yg nak beli. Oh, saya ingat lagi perasaan pertama kali tu. Sangat gembira, teruja, bersyukur, semua la... Abeh semua org sya bgtau... hehehe

Hmm.. Saya sgt berharap agar apa yg diusahakan ni menunjukkan hasil yg memberangsangkan. Terpikir sebenarnya nk jual kt pasar mlm tp tunggu masa yg sesuai pasai skang ni x tentu hala lg stay kat mana. Malu? Hahaha.. Ada la sket tp bila pikir bukannya wat benda bersa pun kan? Nak carik rezeki apalah salahnya.. Hehehe... so, wish me all the best fren... Daaa...... Anak da menangis, so terpaksa cepatkan jari menaip..(",)

Thursday 4 August 2011

Nur Damia Arissa, buah hati ibu..(",)

Nur Damia Arissa, si comel yang da masuk 6 bulan atau lebih tepatnya sekarang da pun berumur 182 hari. Lahir pada hari Jumaat, 4 Feb 2011, jam 6.36 pagi. Masa tgh sakit tu dgr dah azan Subuh... Pengalaman melahirkan Damia ni mmg sesuatu yg sgt beharga..Rasanya semua ibu akan fikir mcm tu kn? 


Sehari sblm melahirkan Damia adalah hari yang memenatkan walaupun lebih banyak duduk di dalam kereta je. Masatu adalah cuti Tahun Baru Cina. Mmg hubby plan nk blk kg bawak mama (mak mertua) ke kg tp xmo blk awal pasal risau jln jam. Kebetulan pulak adik Idal kena blk Sabah pasal teakwando dia, so need go to airport dulu. Kami gerak da Kuantan rasanya awal jugak. Ingat everything going well tp jammed jugak masa nk ke airport. Ada accident rupanya. Adala dlm sejam lebih menahan kesabaran dlm kete. Mujur la sempat smpai airport. Mkn tghari pun x lg time tu padahal da ptg da pun.. Lps je anto si Idal trus carik kedai mkn nk isi perut. Rehat2 jap and then meneruskan perjlnan ke Gerik.. Home sweet home....


Sampai je uma da mlm. Pukul 11++ rasanya. Duduk sat, mkn lewat mlm pastu p uma opah. Kebetulan opah baru kuar spital, so ziarah la sat.. dah kul 1++ blk umah and get ready to sleep... zzzzz.. Tp tu org sblh saya ye, saya ni masih lagi terkebil2 sorang diri xbleh nk tido. Tetiba rasa lain mcm. mcm nk terkucil pun ada. 2, 3 kali p toilet. Dlam jam 2 pg tu mula da rasa mcm pelik je. Almaklum la first time.. hehe.. Kejutkn incik suami bgtau rasa semcm je.. Elok je bgtau.. air ketuban da pecah. Nah, ambek kau... Ape lg kelam kabut la dlm uma duk kejutkn semua org. Mak suh siap2 ape yg patut nk bawak p spital. xsiap ape pun, pakai tudung, amek wallet, bawak raga baby terus ke spital Grik ngan incik suami, mama ngan mak. Sblm pergi sempat gak abah jampi2 sket air bg minum.. Hehehe... On da way p spital bleh lg senyum2 dlm ati ada taman x sbr nk menunggu detik kelahiran si tomei ni. 


Sampai je spital, nurse suh baring, cek ape yg patut. Mmg x rasa skt ape pun. Tunggu doktor dtg then dia ckp " Anak u suda berak dlm perut la. U kena pigi Ipoh.. Get ready brg2 baby nnt naik ambulan..." Dlm ati da mula rasa risau.. Ya Allah, jgn la jadik apepe... Punya la lama tunggu ambulan nak siap & masa tu la da start rasa skt yg teramat sgt. Allah je yg tau. Mak suh mengucap, selawat byk2.. Ikut je la.. Incik suami ngan mama blk uma dulu amek baju mak since kami da nk ke Ipoh. Masa dlm ambulan mmg susah nk thn rasa skt. Jenuh duk ketuk2 dinding ambulan tu pasal rasa skt sgt. Nak tergelak bila ingat time ni. Yg ambulan ni plak bwak bukan main 'laju' lagi : 80km/j.. Laju kan? Hahaha..  Bila da dekat terowong ipoh mang da x dpt nk thn. Rasa baby ni nk keluar sgt da.. Sampai je spital trus ke labour room & bermula la episod baru... tu pun lps kena marah byk kali ngan misi pasal susah nk teran ank kuar.. Alhamdulillah, keluar la si comel, buah hati ibu ni... NUR DAMIA ARISSA. Misi ckp anak da pcat masa keluar pasal tali pusat da lilit 3x.. Syukur sgt, we're both ok...  Dan sekarang Damia ibu ni da membesar dgn sihatnya.. Sayang anak ibu.. Muah! Muah! Muah!!


Nur Damia Arissa, 1 hari.. Mata, hidung, mulut, kening, pipi semuanya ikut abah.. xde pun yg mcm ibu.. huhu...



Wednesday 3 August 2011

Assalamualaikum!

Alhamdulillah... Akhirnya dpt gak buat blog nih. Da lama da ati nih nk buat tp x berkesempatan + sedikit penyakit 'mim'. Hahaha...Hmm... Nak start dr mana nih... 

Since now bulan Ramadhan, rasanya sembang pasal Ramadhan la.. Well, arini da 4 Ramadhan. Kejap je kan? Sepanjang 4 hari puasa ni, alhamdulillah xde lg pergi ke bazaar.. Syukur sgt dpt thn nafsu nih ke sana. Bukan ape, kalau ke sana confirm RM10 mesti melayangnye.. Pasal beli byk ikut nafsu dr ikut perut.. Lebih baik masak je. Tp ini mungkin kata-kata di awal Ramadhan. Hahaha... 

Hmm.. Smlm pergi la carik tailor area Kuantan ni. Semuanya full. Da xleh ambil tempahan da.. Huhu.. Tu la nape xmo p awal2, da kena jahit baju sendirik. Ingat nak sedondon dgn si tomei Damia nih. Tp nampaknya... Ni sumer gara2 ingat da nk kna pindah la ni. tp x jugak pindah... Xpe la, nnt blk kg operasi menjahit bermula.. Xtaula jadik baju kurung ke jadik karung je.. hahaha... First time jahit dgn jayanya adalah barut si tomei Damia nih.. Dulu ada  la nak belajar menjahit tp x jugak belajarnya.. Huhu.. Untung la sapae yg pandai menjahit nih. Xyah susah2 nk hantar kedai. Jimat sket duit. Malah bleh wat duit lagi.

Ok la. Xmo tulih panjang2. Nnt bosan org nak baca je.. Ok, See ya...